comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Rafiq Razali dilantik Pengerusi CMCF baharu

Rafiq Razali

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Rafiq Razali dilantik sebagai Pengerusi Forum Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) berkuat kuasa semalam.

CMCF dalam kenyataan berkata, pelantikan Rafiq adalah bagi tempoh dua tahun menggantikan Pengarah Urusan Sony Music Entertainment bagi Malaysia, Singapura dan Vietnam, Kenny Ong.

“Dalam kapasiti baharunya, Rafiq mengambil alih kepimpinan dalam membentuk rangka kerja kawal selia kendiri yang berdaya tahan untuk industri kandungan komunikasi dan multimedia.

“Bersama Ahli Majlis CMCF, beliau akan merangka inisiatif strategik yang sejajar dengan visi organisasi, memberikan penekanan ketara kepada kawal selia kendiri dan amalan terbaik yang penting untuk pertumbuhan industri dan perlindungan pengguna,” katanya hari ini.

Dalam kenyataan sama, Rafiq menzahirkan kesyukuran atas tanggungjawab yang diamanahkan.

“Saya berharap bukan hanya dapat menegakkan tapi pada masa meningkatkan tugas hebat yang dilakukan oleh Forum Kandungan sejak penubuhannya,” katanya.

Rafiq menekankan kepentingan peraturan dan pengaruh untuk memenuhi permintaan dinamik landskap kandungan yang sentiasa berkembang.

Katanya, perhatian yang berterusan dan pertimbangan menyeluruh mengenai keperluan ahli CMCF adalah agenda utama untuk bergerak ke hadapan.

Sumbangan strategik beliau termasuk penyatuan strategi digital merentasi Kumpulan Media Prima dan pelaksanaan strategi Big Data sehingga REV Media Group diiktiraf sebagai ‘Digital Publisher of the Year’ pada 2019.

Dengan latar belakang komprehensif dalam pengkomersialan, pembangunan perniagaan, dan strategi digital, Rafiq membawakan pengalaman berharga dalam peranannya sebagai Pengerusi Forum Kandungan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini