comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Rakyat Indonesia kini boleh teroka aplikasi Super App Airasia.

Oleh Dayang Adriana Razak

INDONESIA: Aplikasi Super App Airasia dilancarkan secara rasmi di Bali seterusnya menfokuskan sebagai pasaran pelancong antarabangsa yang utama dengan 700 hotel tersedia untuk ditempah.

Ketua Pegawai Eksekutif Super App, Amanda Woo berkata, beliau yakin dengan lokasi strategiknya yang mampu merangsang perkembangan pasaran.

“Kami gembira untuk memulakan perjalanan airasia Super App Indonesia kami di Bali, kerana ia pastinya lokasi yang sesuai untuk menerajui pertumbuhan kami dengan populasi lebih 4 juta orang dan merupakan destinasi pulau percutian yang terkenal di dunia.
Sebagai aplikasi super perjalanan, kami yakin kami mampu mencipta nilai untuk pengguna kami, selain daripada kemudahan, kepercayaan dan kemampuan dengan semua produk dan perkhidmatan yang kami ada dan akan diperkenalkan di sini tidak lama lagi”

Katanya di Majlis Pelancaran aplikasi Super App di Bali, Indonesia.

Airasia Super App, sebuah usaha digital Capital A, dahulunya dikenali sebagai kumpulan Airasia, telah dilancarkan di Malaysia pada oktober 2020, dan seterusnya di Thailand dan Filipina, masing-masing pada Februari dan April tahun ini.

Setakat ini, applikasi ini mempunyai lebih 1.5 juta pengguna aktif setiap hari yang mencari tawaran pelancongan yang menarik

Loading...
Terkini