comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Rangkaian makanan segera India tarik suntikan AS$42 juta daripada Khazanah Nasional

NEW DELHI: Rangkaian makanan segera India, Wow! Momo telah menjual 15 peratus kepentingan kepada dana kekayaan kedaulatan Malaysia, Khazanah Nasional Bhd pada harga 3.5 bilion rupee (US$42 juta), lapor media India pada Selasa.

Ia memperoleh 600 juta rupee lagi (US$7.2 juta) daripada firma pelaburan India, OAKS Asset Management (RM1=US$4.692).

Rangkaian makanan segera itu merancang untuk menggunakan dana tersebut bagi pengembangan serta menyediakan laluan keluar kepada pelabur peringkat awal.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Wow! Momo, Sagar Daryani dilaporkan berkata beliau sangat gembira kerana pelabur peringkat awal syarikat itu keluar dengan pulangan yang besar atas pelaburan mereka.

“Pada masa yang sama, adalah menjadi satu kebanggaan besar apabila gergasi dana berdaulat seperti Khazanah mahu bekerjasama dengan kami untuk fasa pertumbuhan seterusnya,” katanya.

Syarikat yang berpangkalan di Kolkata itu diasaskan pada 2008 dan mengendalikan kira-kira 630 cawangan serta kiosk di 35 bandar di bawah jenama yang berbeza. — BERNAMA

Loading...
Terkini