comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Reservoir Link mahu ceburi perniagaan baharu

KUALA LUMPUR: Reservoir Link Energy Bhd merancang untuk berkembang melangkaui perniagaan tenaga solar dan menceburi segmen tenaga boleh baharu (TBB) lain, termasuk tenaga hidro, biojisim, biogas dan geoterma.

Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Reservoir Link, Datuk Tai Lee, berkata ini termasuk usaha kumpulan yang menceburi sektor tenaga hidro rawatan air buangan di Indonesia.

“Usaha menerusi anak syarikat kami, RL Hydro Assets Sdn Bhd, menyaksikan kami memperoleh 90 peratus kepentingan ekuiti dalam PT Eco Power Engineering, seiring dengan model pemilikan aset kami untuk kemampanan dividen jangka panjang.

“Pengambilalihan itu tidak hanya mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam sektor tenaga lestari, tetapi turut menjanjikan pendapatan menguntungkan secara berulang menerusi loji tenaga hidro berkapasiti 12 megawatt (MW),” katanya dalam laporan tahunan 2023 kumpulan itu.

Menurut Tai, anak syarikat dengan pegangan 85 peratus kumpulan itu, PT EnviroTech Akva Indonesia memperoleh perjanjian selama 10 tahun dengan PT Unilever Oleochemical Indonesia untuk membina serta mengendalikan loji rawatan air sisa.

Menerusi tumpuan terhadap teknologi mesra alam dan kaedah rawatan sisa secara cekap, kumpulan itu juga menyasarkan untuk menetapkan penanda aras atau standard industri yang baharu.

Bagi tempoh tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023, perolehan kumpulan meningkat 72 peratus kepada RM193.3 juta berbanding RM112.4 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Loading...
Terkini