comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

RHB Islamic, Pernas Perkasa 42 Usahawan Asnaf Dan Komuniti B40

KUALA LUMPUR : RHB Islamic Bhd dengan Kerjasama Perbadanan Nasional (Pernas) dan agensi pembangunan usahawan dan pembangunan industri fracais di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), bekerjasama bagi melancarkan Program ‘B40 Empowerment Strategy – Be Your Own Boss’ (BEST-BYOB).

Program itu menyasarkan pemerkasaan seramai 42 usahawan mikro pra-francais dari kalangan asnaf dan B40 komuniti.

Kolaborasi itu dijangka mempertingkatkan lagi mutu program dengan menghasilkan pakej keusahawanan yang lebih lestari, holistik dan kompetitif bagi memberi manfaat kepada bakal pemilik perniagaan pra-francais terutamanya dari kalangan asnaf dan B40.

Selain itu, kerjasama berkenaan adalah inisiatif yang pertama di pasaran dalam menawarkan bantuan dana zakat bersama pakej solusi perusahaan kecil dan sederhana kepada usahawan pra-francais.

Selain dari menyediakan sokongan kewangan kepada usahawan, Program BEST-BYOB juga menawarkan dua inisiatif bagi melengkapkan usahawan mikro dari segenap umur dengan bantuan dan kepakaran dalam membimbing mereka mengembangkan perniagaan.

Ini termasuklah kursus latihan berstruktur, padanan perniagaan, geran, pembiayaan dan pemantauan perniagaan selama enam bulan dari tempoh permulaan perniagaan.

Program BEST-BYOB menyediakan saluran bimbingan dan panduan kepada usahawan mikro pra-francais berdasarkan sistem pra-francais Transformasi Perniagaan (BIT).

Di bawah program itu, peserta boleh memohon geran sehingga RM10,000 daripada RHB Islamic dengan peruntukan sebanyak RM500,000 selain pembiayaan tambahan di bawah Skim Pembiayaan Pra-Francais BIT.

Loading...
Terkini