comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka 4.705 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit menyusut nilai berbanding dolar AS pagi ini apabila sentimen menggalakkan terus menyokong mata wang AS.

Pada 9.15 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.7050/7095 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa 4.6875/6915
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pasaran percaya Rizab Persekutuan Amerika Syarikat masih akan menaikkan kadar faedah.

Menurut beliau, data Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan AS adalah rendah sedikit pada 103.0 berbanding unjuran 105.5, begitu juga data Jualan Rumah Baharu untuk Ogos yang rendah daripada jangkaan pada 675,000 berbanding unjuran 700,000.

“Walaupun bacaan lebih rendah daripada jangkaan agak negatif untuk dolar AS tetapi memandangkan perbezaannya kecil, pasaran kekal menggalakkan daripada hari sebelumnya,” katanya dalam nota hari ini.

“Pergerakan naik boleh berlaku sekiranya gandingan dolar AS/ringgit berjaya menembusi melebihi 4.6970 dalam beberapa hari akan datang,” tambahnya.

Loading...
Terkini