comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS

 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga dengan hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, menjelang pengumuman pendirian Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada Khamis ini, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, unit tempatan itu di paras 4.6450/6525 berbanding dolar AS daripada 4.6445/6485, pada akhir urus niaga Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata selain BNM, kalangan penggiat pasaran juga menunggu keputusan bank-bank pusat lain seperti Reserve Bank of Australia (RBA) dan Bank of Canada (BoC), dengan kebanyakannya mengunjurkan pendirian status quo atau tidak berubah.

“Berikutan itu, perbezaan dari segi dasar monetari global dengan Rizab Persekutuan AS berkemungkinan dilihat lebih memberi kelebihan kepada dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Atas alasan itu, beliau menjangkakan gandingan USD/MYR berada pada julat RM4.64 hingga RM4.66 pada hari ini.

Sementara itu, ringgit dibuka mengukuh berbanding kumpulan mata wang lain – BERNAMA

Loading...
Terkini