comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan pelabur terus mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang pengumuman data dan pandangan baharu berkaitan ekonomi ekonomi global.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7100/7140 berbanding dolar AS pada penutupan Jumaat pada 4.7190/7225.
Urus niaga ditutup semalam sempena sambutan Aidiladha.

Peniaga ActivTrades Anderson Alves menyatakan bahawa peserta pasaran menumpukan siri ucapan Rizab Persekutuan AS dan laporan jualan runcit negara maju itu yang dijadualkan lewat hari ini.

“Di samping itu, bank pusat Australia iaitu Reserve Bank of Australia dijangka mengekalkan kadar tunai rasmi pada 4.35 peratus buat kali kelima berturut-turut.

“China pula akan mengumumkan data pengeluaran perindustrian, jualan runcit, pelaburan aset tetap dan data pekerjaan yang mungkin menimbulkan reaksi bercampur-campur,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini