comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS

 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini apabila pelabur memilih sikap tunggu dan lihat kerana mereka telah mengambil kira jangkaan mengenai kenaikan kadar, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.7425/7465, tidak berubah berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.7425/7460.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research berpendapat pelebaran spread yang berterusan antara Kadar Dana Persekutuan (FFR)-Kadar Dasar Semalaman (OPR)  boleh membawa kepada kelemahan ringgit selanjutnya.

Ia berkata pelebaran spread FFR-OPR, yang meningkat daripada +63 mata asas (bps) kepada +113 mata asas, pada umumnya negatif untuk FBM KLCI (korelasi -58 peratus) dan berpotensi menyebabkan ringgit terus lemah.

“Justeru, kami menjangkakan pergerakan dolar AS berbanding ringgit berpurata pada 4.44 untuk tahun ini dan 4.80 pada akhir tahun,” kata HLIB Research dalam nota hari ini. -BERNAMA

Loading...
Terkini