comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan kekurangan pemangkin, kata peniaga.

Pada 9.36 pagi, ringgit susut kepada 4.7075/7110 berbanding dolar AS daripada 4.6925/6965 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kecenderungan enggan mengambil risiko akan terus wujud, mengakibatkan permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS dalam keadaan keraguan mengenai pengurangan kadar faedah selanjutnya oleh Rizab Persekutuan AS selain ketegangan di Timur Tengah.

Beliau berkata ketegangan di Timur Tengah, terutama di kawasan Laut Merah, boleh mengganggu perdagangan global, mendorong permintaan terhadap dolar AS.

Sementara itu, data yang menjadi tumpuan minggu ini adalah pertumbuhan ekonomi China bagi suku keempat 2023 di samping jualan runcit AS bagi Disember.

“Pada ketika ini, dolar AS/ringgit akan terus berlegar di sekitar paras RM4.70. Paras sokongan dan rintangan semasa masing-masing berada pada RM4.6611 dan RM4.7958,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini