comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh berbanding mata wang utama lain, kata penganalisis.

Mereka berkata dijangka terdapat permintaan untuk dolar AS berikutan ketegangan politik yang berterusan di Timur Tengah dan walaupun data pekerjaan AS telah dikeluarkan pada Jumaat lepas.

Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7400/7455 berbanding dolar AS daripada 4.7375/7400 pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) naik secara berperingkat kepada 105.41 mata, tanpa data utama.

“Kenyataan daripada pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS masih bercampur-campur.

“Presiden Fed Reserve Bank of Minneapolis Neel Kashkari menyatakan bahawa data inflasi baru-baru ini menimbulkan keraguan sama ada dasar monetari yang dilaksanakan dapat memastikan kadar inflasi ke arah sasaran dua peratus,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, katanya ringgit dijangka kekal rendah dalam masa terdekat.
Pada dagangan awal, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini