comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan mengekalkan pendirian dasar monetarinya yang ketat, sekali gus menyokong dolar, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.

Mohd Afzanizam berkata pada minggu ini, pemain pasaran akan memberi tumpuan kepada data inflasi AS dengan laporan Indeks Harga Pengeluar dan Indeks Harga Pengguna yang akan dikeluarkan pada Selasa dan Rabu.

“Oleh itu, ringgit dijangka dalam jajaran kecil hari ini.

“Fed dilihat tertumpu kepada menurunkan inflasi kepada sasaran dua peratus walaupun terdapat petunjuk ekonomi lemah,” katanya kepada Bernama.

Pada masa ini, katanya pasaran berharap tumpuan Fed akan berubah daripada inflasi kepada pertumbuhan, tetapi ini dilihat agak sukar pada masa ini berdasarkan kadar inflasi yang masih tinggi.

Pada awal dagangan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini