comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan dolar US kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.

Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7310/7350 daripada  4.7270/7320 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY berlegar pada sekitar 105 mata selepas tinjauan Federal Reserve Bank of New York menunjukkan harga pengguna dijangka meningkat sebanyak 3.3 peratus tahun depan selepas kekal sekitar 3.0 peratus bagi tempoh empat bulan lepas.

“Sehubungan itu, data mengenai inflasi akan dipantau dengan teliti oleh peserta pasaran khususnya pada laporan Indeks Harga Pengeluar (IHP) bagi bulan April yang akan dikeluarkan malam ini,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini