comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah dalam dagangan awal pada Jumaat susulan data ekonomi kukuh Amerika Syarikat (AS) yang menyokong dolar AS.

Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7150/7190 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7020/7055 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan AS yang lebih kukuh daripada jangkaan menjejaskan harapan kemungkinan penurunan kadar faedah AS.

PMI US meningkat kepada 50.9 mata pada Mei, bacaan 50 mata ke atas yang kedua berturut-turut yang menandakan pengeluar di AS secara umumnya optimis dengan prospek perniagaan mereka.

“Selain itu, data Tuntutan Pengangguran Awal susut kepada 215,000 minggu lepas berbanding jangkaan pasaran pada 220,000, dengan minggu sebelumnya pada 223,000.

“Oleh itu, kami menjangkakan ringgit kekal lemah berbanding dolar AS selepas mencatatkan peningkatan sejak awal Mei,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini