comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi yang dikeluarkan pada Jumaat lepas dijangka meningkatkan mata wang AS itu.

Pada 9.06 pagi, ringgit merosot kepada 4.7150/7200 berbanding dolar AS daripada 4.6900/6940 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan NFP pada Mei menunjukkan sebanyak 272,000 pekerjaan baharu pada bulan tersebut, mengatasi unjuran konsensus sebanyak 182,000.

Beliau berkata purata pendapatan mingguan AS juga tinggi kepada 4.1 peratus tahun ke tahun pada Mei daripada 4.0 peratus sebelum ini, memberikan gambaran bahawa pertumbuhan gaji masih berdaya tahan.

“Sehubungan itu, ringgit akan kekal rendah berikutan pasaran menunggu keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 12 Jun, terutamanya pembolehubah makroekonomi terkini mereka,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini