comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila dolar AS semakin mengukuh susulan sentimen yang bertambah baik, kata pakar ekonomi.

Pada 9.08 pagi, ringgit susut kepada 4.7080/7125 berbanding dolar AS daripada 4.7055/7075 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit berkemungkinan didagangkan secara mendatar hari ini berdasarkan carta teknikal yang menunjukkan USD/MYR berada dalam zon neutral.

“Indeks Dolar AS (DXY) terus kekal di atas 105 mata berikutan kelemahan euro, yen Jepun dan pound sterling, yang bersama-sama menyumbang lebih 80 peratus kepada indeks itu.

“Kesimpulannya, unjuran terhadap dolar AS yang kukuh dalam tempoh terdekat kekal utuh,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama semasa awal dagangan. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini