comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh didorong oleh data ekonomi AS yang kukuh.

Pada 9.02 pagi, unit tempatan merosot kepada 4.3780/3830 berbanding dolar AS daripada 4.3660/3715 pada Isnin.

Data daripada Institute for Supply Management (ISM) yang dikeluarkan pada Isnin menunjukkan aktiviti industri perkhidmatan meningkat tanpa dijangka pada November.

Ini berikutan pemulihan pekerjaan AS yang diumumkan pada Jumaat, membawa kepada spekulasi bahawa Rizab Persekutuan mungkin menaikkan kadar faedah lebih daripada unjuran baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit dibuka rendah pagi ini dan boleh diniagakan sedikit defensif apabila saham AS merosot dan hasil bon melonjak selepas data perkhidmatan ISM yang kukuh menunjukkan aspek paling penting dalam ekonomi AS dan apabila inflasi hampir tidak berkurangan. – BERNAMA

Loading...
Terkini