comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan pemangkin

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS kerana pelabur kekal di luar pasaran berikutan kekurangan pemangkin.

Pada 9.06 pagi, ringgit berada pada 4.7200/7250 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7210/7250 pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS kekal di atas 105 mata menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan berlangsung malam ini.

“Selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS dikeluarkan mata wang AS kekal di kedudukan hadapan kerana Rizab Persekutuan (Fed) dilihat mengekalkan pendirian dasar monetorinya yang ketat berbanding di Eropah.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal didagangkan dalam dalam julat sempit kerana peserta pasaran menunggu keputusan FOMC esok (12 Jun),” katanya kepada Bernama

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini