comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang keputusan kadar faedah bank utama

Foto hiasan

KUALA LUMPUR:Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini dengan para pelabur masih menantikan keputusan kadar faedah oleh bank pusat utama minggu ini, kata seorang pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6890/6940 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.6870/6915.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran akan memantau mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat bermula hari ini untuk mendapatkan hala tuju persekitaran makroekonomi.

“Bank of England juga akan mengadakan mesyuarat dasar monetarinya pada 21 Sept dan dijangka mengumumkan kenaikan 25 mata asas lagi, menjadikan kadar bank kepada 5.50 peratus.

“Bank of Japan pula akan bermesyuarat pada 22 Sept dengan tiada perubahan dijangka dalam pendirian dasar mereka,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniaga kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama pada sesi awal.

Loading...
Terkini