comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, susulan pembetulan teknikal

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan pembetulan teknikal selepas tiga hari berturut-turut merekodkan kenaikan dalam keadaan prestasi dolar AS yang bercampur-campur.

Pada 9.06 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.7100/7150 berbanding dolar AS daripada 4.6885/6950 ketika ditutup pada Rabu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata selepas mencatatkan kenaikan berterusan yang ketara semalam, ringgit sememangnya dijangka mengalami penurunan semula berbanding dolar AS menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan hari ini.

Beliau juga berpandangan bahawa ringgit turut seiring dengan mata wang Thailand memandangkan baht Thailand lebih kukuh dengan aliran pelaburan asing yang besar susulan keyakinan sektor perlancongan.

“Ini adalah isyarat optimis bahawa wang akan kembali ke rantau ini, dan sukar untuk negara jiran mengabaikannya memandangkan kedua-dua mata wang ini sensitif terhadap aliran pelancongan.

“Bagi hari ini, bagaimanapun, pengambilan risiko yang berlebihan mungkin dapat dikurangkan. Saya menjangkakan ringgit meningkat secara berterusan menjelang data IHP AS yang akan dikeluarkan,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Loading...
Terkini