comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR : Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS dengan jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan meneruskan dasar monetari ketatnya pada masa hadapan.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat sedikit kepada 4.6460/6495 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin 4.6470/6500.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata masih terdapat dua mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) di Amerika Syarikat sebelum akhir tahun dan jangkaannya 2022 akan berakhir dengan kadar faedah AS antara 4.25 peratus dan 4.75 peratus.

Kadar semasa ialah pada 3.25 peratus.

“Ini akan membantu melonjakkan lagi nilai dolar AS berbanding mata wang lain,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini