comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR : Nilai mata wang ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan jangkaan Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat (AS) memperlahankan tahap kenaikan kadar faedah sehingga akhir tahun.

Pada 9.04 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7020/7070 berbanding dolar AS daripada penutup hari Rabu 4.7120/7165.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata selepas tujuh bulan mencatatkan kenaikan berterusan, dolar AS telah mula bergerak turun seiring dengan data Jualan Rumah Baharu AS yang jatuh sebanyak 10.9 peratus kepada 603,000 unit pada September berbanding 677,000 unit pada Ogos.

“Data ini agak tinggi sedikit daripada jangkaan (603,000 berbanding unjuran 585,000), tetapi itu tidak mencukupi untuk menyokong dolar berbanding ringgit,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah terdapat kemungkinan gandingan mata wang USD/MYR akan meneruskan pergerakan menurun dalam beberapa hari akan datang sehingga ia mencecah paras 4.6290, yang mana di situ ia mungkin mendapat sokongan sementara. – BERNAMA

Loading...
Terkini