comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi hari ini, disokong oleh dolar AS yang rendah berikutan pasaran di Amerika Syarikat (AS) ditutup pada Isnin sempena Hari Peringatan, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6900/6950 berbanding dolar AS, naik daripada 4.6940/6990 pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jika tiada data ekonomi utama, ringgit dijangka kekal berhati-hati.

Beliau berkata sentimen pasaran akan mula dipengaruhi oleh pasaran Amerika Syarikat (AS) apabila pengukur inflasi Rizab Persekutuan AS (Fed) dan indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) diumumkan.

“Beberapa pegawai Fed akan berkongsi pendapat mereka mengenai keadaan ekonomi, dijangka mengulangi keperluan untuk mengekalkan dasar monetari yang ketat untuk memastikan inflasi ke arah matlamat dua peratus,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini