comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini kerana sentimen ekonomi global bersikap berhati-hati mendorong sesetengah pelabur beralih ke arah mata wang sedang pesat membangun termasuk ringgit, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7110 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7150 pada Isnin.

Peniaga itu berkata pelabur sedang menunggu pengumuman indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat depan, Rizab Persekutuan AS bergantung kepada kemajuan pengukuran dalam menurunkan inflasi kepada sasaran 2.0 peratus.

Beliau berkata pelabur juga akan memantau debat presiden AS pertama kali diadakan antara Presiden Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump dijadualkan berlangsung pada Khamis ini selepas pasaran AS ditutup.

Sementara itu, ringgit dibuka rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9534/9560 daripada 2.9508/9535 ketika ditutup semalam, turun berbanding pound Britain kepada 5.9717/9764 daripada 5.9679/9730 dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0526/0563 daripada 5.0511/0554 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebayakannya tinggi bebanding mata wang ASEAN.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini