comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka tinggi berikutan sentimen pasaran lebih baik

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen yang lebih baik selepas data pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pertumbuhan pekerjaan, mengukuhkan jangkaan kepada penurunan kadar faedah tidak lama lagi, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7140/7190 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7215 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada minggu lepas, Tuntutan Pengangguran Awal AS merosot kepada 187,000 berbanding anggaran konsensus sebanyak 207,000 manakala pada minggu sebelumnya, bacaan adalah pada 203,000.

“Ini bermakna pasaran buruh AS masih menunjukkan trend yang berdaya tahan walaupun dalam persekitaran kadar faedah yang tinggi.

“Ini mungkin dilihat bertentangan dengan kumpulan penurunan kadar yang menjangka kadar akan diturunkan pada Mac ini,” katanya kepada Bernama.

Indeks Dolar AS (DXY) terus berada melebihi 103 mata berikutan Rizab Persekutuan tidak akan menukar haluan dalam masa terdekat, katanya. Oleh itu, Mohd Afzanizam menjangka ringgit akan kekal rendah hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali berbanding pound, apabila susut kepada 5.9910/9974 daripada 5.9782/9845 pada Khamis.

Loading...
Terkini