comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis pada paras hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) negara maju itu tidak memberi tempoh masa mengenai tarikh sebenar penurunan kadar faedah utama.

Pada 6 petang, ringgit berada di paras 4.6330/6370 berbanding dolar AS daripada 4.6300/6355 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit susut serendah 4.6448 namun kekal di paras 4.6300 sewaktu urus niaga ditutup.

Beliau berkata minit mesyuarat FOMC menunjukkkan Rizab Persekutuan AS berhasrat menurunkan kadar faedah itu pada tahun ini, namun lebih cenderung melakukannya pada akhir 2024.

“Perbezaan antara persepsi pasaran mengenai tempoh pelaksanaannya dan isyarat daripada FOMC, mungkin hanya menjejaskan lagi ketidaktentuan dalam pasaran mata wang,” katanya kepada.- BERNAMA.

Loading...
Terkini