comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan mencatat prestasi hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), walaupun unit negara maju itu terus mengukuh berbanding mata wang serantau, kata ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit berada di paras 4.7395/7425 berbanding dolar AS daripada 4.7390/7440, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit stabil berbanding dolar AS pada urus niaga hari ini.

Beliau berkata keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia yang mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada 3.0 peratus, juga menunjukkan pendirian bank pusat yang optimis terhadap prospek pertumbuhan ekonomi namun kekal berhati-hati mengenai risiko inflasi.

“BNM juga menegaskan pendirian bahawa nilai semasa ringgit tidak mencerminkan asas-asas ekonomi dan pembaharuan ekonomi yang menjadi faktor pemacu bagi pengukuhan ringgit.

“Berikutan itu, kami menjangkakan ringgit kekal mendapat sokongan pada minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam mesyuarat ketiga 2024 MPC hari ini, bank pusat itu berkata prestasi semasa ringgit juga tidak memaparkan prospek asas-asas dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Faktor luaran iaitu peralihan jangkaan berhubung dengan haluan dasar monetari di negara atau ekonomi utama dan ketegangan geopolitik yang berterusan telah menyebabkan volatiliti yang ketara dalam aliran modal dan kadar pertukaran di seluruh rantau ini, termasuk ringgit,” katanya.

Bank pusat itu juga menyifatkan inisiatif diselaras oleh kerajaan dan BNM dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta libat urus syarikat korporat turut membuahkan hasil yang menampung tekanan tekanan ke atas ringgit.

“BNM akan terus menguruskan risiko yang berpunca daripada volatiliti pasaran kewangan. Pada tempoh jangka sederhana, pembaharuan struktur dalam negara akan memberi sokongan lebih berpanjangan terhadap ringgit,” katanya.

Pada akhir urus niaga hari ini, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini