Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini susulan permintaan lemah terhadap mata wang tempatan disebabkan kebimbangan terhadap prospek ekonomi global yang suram.

Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.6720/6765 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6615/6655 pada Selasa.

Ketua ahli ekonomi dan ketua kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kerajaan Jepun juga melahirkan kebimbangannya terhadap kekukuhan dolar AS ketika negara itu sedang dalam usaha menangani penurunan yen.

Menurut laporan, yen Jepun turun ke paras terendahnya dalam tempoh 10 bulan berbanding dolar, menjadikan para peniaga memantau rapat kemungkinan lebih banyak intervensi daripada kerajaan Jepun.

“Bank pusat Amerika Syarikat (AS) dijangka mengekalkan pendirian monetari ketat mereka, yang seterusnya memberikan sokongan terhadap dolar AS.

“Ia (bank pusat AS) memberikan isyarat yang berbeza-beza berhubung kadar faedah. Tetapi apa yang pasti adalah Rizab Persekutuan AS dijangka mengekalkan pendirian menaikkan kadar faedahnya susulan keadaan pasaran buruh negara itu yang berdaya tahan,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini