comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini disebabkan kekurangan permintaan kerana Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) terus mengukuh, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit tutun kepada 4.7390/7440 berbanding dolar US daripada 4.7375/7400 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY bertambah kukuh hari ini sebanyak 0.19 peratus kepada 105.616 mata.

“Sehubungan itu, mata wang serantau lain seperti dolar Singapura, baht Thailand dan peso Filipina menyusut nilai berbanding dolar US masing-masing sebanyak 0.13 peratus, 0.38 peratus dan 0.25 peratus. Dolar US/ringgit turut susut nilai sebanyak 0.18 peratus kepada RM4.7472,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sentimen kenaikan harga dolar US masih belum reda walaupun laporan pekerjaan lebih lemah daripada jangkaan pada Jumaat lepas.

“Komen daripada pegawai-pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS yang pelbagai boleh menyebabkan pasaran pertukaran asing condong kepada pihak konservatif berhubung pendirian dasar monetari Fed yang membawa inflasi ke arah dua peratus,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata hasil Perbendaharaan AS meneruskan peningkatan selepas laporan pekerjaan AS yang kurang memberangsangkan pada bulan April, lazimnya ia adalah baik untuk ringgit.

Pada penutupan, ringgi diniagakan tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini