comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar AS pada Khamis walaupun Indeks Dolar Amerika Syarikat (AS) merosot kerana pelabur kekal yakin mengenai penurunan kadar faedah AS akan berlaku tidak lama lagi, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7020/7055 berbanding dolar AS daripada 4.6950/6985 ketika ditutup pada Selasa.

Pasaran ditutup pada Rabu (22 Mei) untuk cuti umum Hari Wesak.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata seperti yang dijangkakan, ringgit lebih lemah berbanding dolar AS selepas pengumuman Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam tadi.

“Nampaknya, pilihan untuk kenaikan kadar faedah masih dipertimbangkan terutamanya jika risiko kenaikan inflasi menjadi kenyataan.

“Jelas sekali, Rizab Persekutuan (Fed) AS belum lagi menamatkan usahanya untuk menurunkan inflasi ke arah sasaran dua peratus dan kelihatan bersedia untuk tidak memperoleh pertumbuhan demi mencapai objektif inflasinya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mata wang pasaran sedang pesat membangun dijangka kekal tidak menentu.

Di United Kingdom, kadar inflasi telah turun dengan ketara kepada 2.3 peratus pada April tetapi masih melebihi sasaran dua peratus.

“Inflasi teras juga kekal kerana ia kekal pada tahap tinggi pada 3.9 peratus. Oleh itu, masih belum dapat dilihat sama ada Bank of England akan memilih melaksanakan pelonggaran dasar monetari dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pada penutup dagangan hari ini, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini