comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US pada Jumaat susulan data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, memberi petunjuk bahawa penurunan kadar faedah AS tidak akan berlaku, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7100/7130 berbanding dolar US daripada 4.7020/7055 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejak minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan pada Rabu, ringgit semakin lemah berbanding dolar US.

Beliau berkata Rizab Persekutuan (Fed) AS akan mempertimbangkan untuk mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi jika inflasi menjadi lebih tinggi.

“Minggu ini, ringgit mengalami beberapa bentuk pembetulan teknikal kerana ia meningkat tinggi berbanding dolar US.“Carta teknikal telah menunjukkan beberapa keadaan lebihan belian yang mengakibatkan aktiviti pengambilan untung berlaku,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini