comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika pada Rabu berikutan data sentimen pengguna yang optimistik di Amerika Syarikat (AS), ditambah dengan kenaikan hasil bon Perbendaharaan 10 tahun AS serta kebimbangan baharu mengenai kadar faedah AS akan kekal tinggi untuk tempoh lebih lama, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7030/7060 berbanding dolar AS 4.6890/6910 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit menyusut berbanding dolar AS selepas berlegar sekitar RM4.69 dalam dua hari lepas, dengan Indeks Dolar AS (DXY) naik sebanyak 0.14 peratus kepada 104.76 mata.

“Pasaran dilihat sedang fokus kepada data indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) yang akan dikeluarkan pada Jumaat bagi mendapatkan petunjuk baharu prospek kadar faedah AS.

“Pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS pula pada masa yang sama menjangkakan kadar faedah akan kekal tinggi dan ini akan menyokong dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini