comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US disebabkan kekurangan minat belian sementara Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) mencatatkan kenaikan, melepasi paras 105 mata.

Seorang penganalisis berkata bahawa keuntungan DXY, pertama kali direkodkan sejak 29 Mei 2024, dipengaruhi oleh data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lebih kukuh yang dikeluarkan pada Jumaat lepas.

Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7210/7250 berbanding dolar US daripada 4.6900/6940 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berkata NFP minggu lepas telah mengubah haluan Dolar AS kerana peserta pasaran membuat kesilapan disebabkan bersikap berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan berlangsung pada 11 hingga 12 Jun minggu ini.

“Ringgit didagangkan sekitar 4.7180 selepas berlegar sekitar 4.7000 dalam beberapa minggu lepas. Sama ada trend itu akan berterusan atau sebaliknya, ia bergantung kepada unjuran ekonomi terkini Rizab Persekutuan (Fed),” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini