comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, berikutan kebimbangan terhadap pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah, menyokong dolar AS.

Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7140/7185 berbanding dolar AS 4.7035/7070 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mengukuh pada awalnya berbanding dolar AS, mencecah RM4.7068 pada sesi pagi.

“Bagaimanapun, menjelang petang, ringgit menyusut kepada RM4.7145, terutamanya disebabkan kebimbangan pasaran berkenaan kadar faedah AS, berikutan laporan indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) dijadualkan terbit pada Jumaat ini (28 Jun).

“Indeks PCE dijangka sederhana kepada 2.6 peratus pada Mei berdasarkan anggaran konsensus, selepas kekal pada 2.7 peratus sejak dua bulan lepas. Kebimbangan terhadap Fed yang berpotensi meningkatkan kadar faedah menguatkan dolar AS, seterusnya menyebabkan penurunan nilai ringgit,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini