comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS susulan kurang pemangkin pasaran

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat berikutan kekurangan pemangkin pasaran yang dijejaskan lagi oleh ketidaktentuan pasaran, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit turun 35 mata asas ke paras 4.7460/7495 berbanding dolar AS daripada 4.7425/7460 pada akhir dagangan semalam.

Pengarah Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS terus mengukuhkan kedudukannya sebagai aset selamat selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memaparkan pendirian untuk meneruskan kenaikan kadar faedah di masa depan.

“Sebagaimana yang dijangkakan semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) hanya bertindak menaikkan 25 mata asas kadar dasar semalaman (OPR) berbanding Fed yang menambah 75 mata asas.

“Oleh itu, dari sudut dasar monetari, dolar AS masih kekal sebagai peneraju. BNM pula sebaliknya mengehadkan pendirian untuk cenderung terhadap kenaikan kadar faedah secara ketara dengan hanya menaikkan 25 mata asas kerana bimbangkan kemungkinan memburukkan lagi keadaan kemelesetan,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Loading...
Terkini