comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini selepas China terus menetapkan pendirian untuk campur tangan susulan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai ekonominya, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6465/6510 berbanding dolar AS daripada 4.6535/6550 pada Khamis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata mata wang tempatan dan mata wang serantau mendapat sokongan apabila People’s Bank of China (PBOC) mengumumkan pelan untuk melaksanakan langkah-langkah dasar bagi menghentikan kejatuhan nilai yuan yang pesat.

“Pengumuman oleh PBOC memberi sedikit kelegaan kepada mata wang serantau,” katanya kepada Bernama.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi Malaysia berkembang 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menjadikan pertumbuhan purata bagi separuh pertama tahun ini pada 4.25 peratus.

Katanya pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi sederhana pada suku itu sebahagiannya disebabkan oleh permintaan luaran yang lebih perlahan susulan kitaran teknologi global, pengeluaran komoditi lebih rendah dan kesan asas lebih tinggi dari suku kedua 2022.

Oleh itu, Innes berkata data terkini boleh memberi isyarat kepada kerajaan bahawa ekonomi tempatan boleh menggunakan peningkatan pro-pertumbuhan jika tiada rangsangan daripada China, yang akan dilihat sebagai positif untuk mata wang tersebut.

Loading...
Terkini