comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan penurunan dalam Indeks Dolar US (DXY), kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7270/7320 berbanding dolar US daripada paras penutup 4.7385/7410 pada Jumaat.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY jatuh kepada 105.221 mata, menyebabkan dolar AS yang lebih lemah.

Beliau juga berkata pemain pasaran akan memberi tumpuan pada data inflasi AS dengan Indeks Harga Pengeluar dan laporan Indeks Harga Pengguna akan dikeluarkan pada Selasa dan Rabu.

“Ketika ini, ia masih bercampur-campur kerana data menunjukkan prospek yang lebih lemah dengan sentimen pengguna merosot pada bulan Mei.
“Tinjauan oleh Universiti of Michigan terhadap indeks sentimen pengguna turun untuk bulan kedua berturut-turut kepada 67.4 mata daripada 77.2 mata pada bulan sebelumnya.

“Bagaimanapun, jangkaan inflasi tahun depan telah meningkat kepada 3.5 peratus pada Mei daripada 3.2 peratus sebelum ini.

Sehubungan itu, data inflasi di AS akan diberi perhatian utama minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain. BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini