comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi pada Selasa berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS lewat malam ini.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7160/7190 berbanding dolar AS daripada 4.7270/7320 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, sejak mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS berakhir pada 1 Mei, ringgit telah menunjukkan prestasi baik berikutan jangkaan kenaikan kadar AS yang seterusnya adalah belum pasti.

“Seterusnya, kelemahan dalam pasaran buruh AS baru-baru ini membawa kepada harapan baharu terhadap penurunan kadar, memberikan sokongan selanjutnya kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun lain termasuk ringgit.

“Bagaimanapun, situasi masih tidak menentu berikutan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS masih bimbang mengenai trajektori aliran disinflasi (ke arah) sasaran dua peratus,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini