comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, sekali lagi mencecah paras RM4.70 berbanding dolar AS apabila data ekonomi AS menunjukkan bahawa kadar faedah akan diturunkan.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada  4.6970/6985 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7005/7030 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan dalam penawaran pekerjaan AS pada April menunjukkan bahawa permintaan untuk buruh semakin reda, mencerminkan pertumbuhan gaji mungkin tidak terlalu kukuh pada masa depan dan membuka jalan untuk penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.

“Indeks Dolar AS kekal di bawah 105 mata walaupun arah aliran meningkat. Walaupun ramai menjangkakan penurunan kadar faedah, ia masih tidak pasti mengenai langkah Fed mengenai pendiriannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu depan.

“Tetapi buat masa ini, data dilihat menyokong teori mengenai pengurangan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup urus niaga, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini