comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, didorong sentimen positif

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong sentimen positif dalam jangkaan penurunan kadar faedah global tahun depan.

Walau bagaimanapun, dolar AS kekal stabil apabila keyakinan pengguna AS meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh lima bulan pada Disember.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6525/6565 berbanding dolar AS daripada 4.6555/6605 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pertukaran dolar AS berbanding ringgit secara amnya stabil pada kira-kira 4.65 hari ini.

Beliau berkata ringgit juga lebih kukuh berbanding beberapa mata wang utama lain pada Khamis apabila dasar monetari global dijangka berubah tahun depan.

“Selepas menetapkan paras sokongan sebelum ini pada 4.6611, mata wang tempatan dilihat bergelut untuk bergerak turun lebih rendah daripada 4.65 berbanding dolar AS.

“Ini menunjukkan terdapat kesangsian bahawa perubahan pendirian monetari boleh berlaku. Dalam kata lain, pasaran akan bergantung kepada data,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini