comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang serantau lain

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini kerana Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Mei yang lebih tinggi daripada jangkaan menunjukkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang stabil, dan menyokong mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit didagangkan kepada 4.7035/7070 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7150 pada penutup Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data IHP terkini Malaysia bagi Mei pada 2.00 peratus adalah lebih tinggi daripada anggaran konsensus. Ini mungkin membayangkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin cenderung untuk mengekalkan OPR.

“Kadar inflasi Malaysia telah meningkat daripada 1.5 peratus pada Januari 2024 kepada 2.0 peratus pada Mei. BNM mungkin berminat untuk mengekalkan OPR pada 3.00 peratus sepanjang tahun bagi mengekalkan pendirian monetari semasa dan mengawal inflasi.

“Ini berlaku ketika ekonomi maju telah memulakan kitaran pelonggaran monetari mereka. Satu siri perubahan dasar dijangka memberi kesan kepada kadar inflasi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini