comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit naik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat, melonjak 1.59 peratus berbanding mata wang Amerika Syarikat kerana inflasi AS yang lebih lemah dan kelonggaran sekatan perjalanan China menyokong mata wang tempatan.

Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.6200/6250 berbanding dolar AS daripada 4.6950/6990 pada akhir dagangan semalam.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata kenaikan ringgit akan kekal sekiranya China tidak melaksanakan sekatan perjalanan untuk menangani peningkatan kes COVID-19 di sana.

“Petunjuk awal sangat menggalakkan, China mengurangkan masa kuarantin kepada pelancong, petunjuk penting yang menunjukkan perbezaan pendekatan dalam menangani pandemik.

“Pelabur semakin sensitif terhadap berita pembukaan semula (di China) daripada penutupan, jadi harap ia kekal dan ada ruang untuk memperhalusi cara lebih baik untuk menangani pandemik di China,” katanya kepada Bernama.

Harga pengguna AS turun pada bulan Oktober dengan indeks harga pengguna merosot kepada 7.7 peratus berbanding 8.0 peratus yang dijangkakan oleh pakar ekonomi sebelum ini. Bagaimanapun, kadar inflasi kekal pada paras tertinggi. – BERNAMA

Loading...
Terkini