comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS ketika ditutup pada Khamis berikutan pergerakan pasaran dipengaruhi oleh sentimen pelabur berhubung potensi penurunan kadar faedah minggu depan.

Pada 6 petang, ringgit naik kepada  4.6935/6965 berbanding dolar AS 4.6970/6985 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit terus pulih berikutan kebanyakan bank pusat utama seperti Bank of Canada dilihat menurunkan kadar faedah penanda aras untuk pertama kali dalam tempoh lebih empat tahun.

Rizab Persekutuan AS juga mungkin akan mengikut jejak yang sama untuk mengurangkan kadar faedahnya, sekali gus meningkatkan ringgit,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini