comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi, sejajar dengan pasaran mata wang asing yang lebih luas

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, sejajar dengan pasaran pertukaran mata wang asing yang lebih luas apabila pelabur mula mempertimbangkan kemungkinan sebenar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengurangkan kadar faedah atas sebab bukan kemelesetan, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6655/6705 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6825 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pelabur akan memberi tumpuan kepada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS yang akan dikeluarkan minggu ini.

Beliau berkata tindakan itu bertujuan mengukur sejauh mana minat Fed terhadap ‘pemotongan insurans’ atau bank pusat itu lebih berminat untuk melonggarkan keadaan kewangan dengan hasil bon pada masa ini yang lebih rendah dan saham lebih tinggi.

“Mungkin tidak ada pemotongan insurans. Minggu Kesyukuran AS lazimnya minggu yang lembap untuk pasaran pertukaran wang asing, jadi saya menjangkakan pasaran lebih sesuai berada dalam keadaan tidak banyak berubah,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini