comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi selepas permintaan untuk dolar AS melemah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi hari ini berbanding dolar US selepas permintaan bagi dolar US mula melemah, berikutan krisis perbankan Amerika Syarikat (AS).

Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.3990/4030 berbanding dolar US daripada 4.4190/4240 yang direkodkan semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, memandangkan ringgit telah melangkaui paras sokongannya pada RM4.4099, paras sokongan seterusnya berada pada RM4.3297.

“Ini menunjukkan bahawa ringgit memerlukan pemangkin yang kukuh untuk naik, yang mana tidak lain adalah melalui kemungkinan pendirian tidak agresif Rizab Persekutuan AS (Fed) semasa dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan pada Mei depan.

“Sekiranya krisis perbankan di AS, yang dicetuskan oleh Silicon Valley Bank dan Signature Bank, dibendung, ringgit berpotensi menjadi lebih kukuh daripada paras semasa,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Loading...
Terkini