comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit mampu cecah 4.1 berbanding dolar AS tahun depan

FOTO: NSTP

Oleh Afrina Romzi

PETALING JAYA: Nilai mata wang tempatan dijangka meningkat sehingga paras 4.1 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun depan.

Ketua Penyelidik Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee berkata, ini selepas trend pengukuhan ketara pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Prestasi ringgit selepas PRU-15, ringgit telah meningkat hampir 9 peratus berbanding dolar AS, berbanding dolar Singapura hampir 7 peratus. Indonesia rupiah dan Thai bhat saya rasa masih terdapat beberapa pelarasan dan normalisasi kerana ringgit sebenarnya telah menunjukkan prestasi bagus berbanding kedua mata wang itu tahun ini,” katanya pada taklimat maya Unjuran Akhir Tahun Pasaran Rakuten Trade, hari ini.

Ringgit diramal mengakhiri tahun ini dalam julat antara 4.3 dan 4.35 berbanding dolar AS.

Dalam pada itu, beliau berpendapat Rizab Persekutuan (Fed) AS akan mengambil langkah kurang agresif terhadap kadar faedah, dengan jangkaan kenaikan 50 mata asas pada mesyuarat depan.

Manakala Bank Negara Malaysia diunjur akan mengikut jejak Fed, dengan kenaikan 25 mata asas untuk mencapai paras tiga peratus pada pertengahan Januari depan.

Loading...
Terkini