comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ringgit terus mencatatkan kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu rendah dengan jangkaan meningkat mengenai kadar faedah global diturunkan pada tahun ini, kata ahli ekonomi.

Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7080/7130 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7155 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka mengukuh dengan kemungkinan kadar faedah AS yang lebih rendah akan mengurangkan perbezaan kadar antara kadar dana Fed dan kadar dasar semalaman (OPR).

Dilaporkan Gabenor Rizab Persekutuan Adriana Kugler dalam ucapan pada Selasa menyatakan bahawa adalah wajar bagi bank pusat untuk menurunkan kadar faedahnya pada akhir tahun ini berikutan keadaan ekonomi yang bergerak di landasan yang betul.

Sehubungan itu, Afzanizam berkata mata wang tempatan diniagakan pada aliran meningkat berbanding mata wang serantau lain.

“Mungkin, pembaharuan dasar seperti rasionalisasi subsidi diesel telah menyumbang secara positif kepada pengukuhan ringgit,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini