comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan

 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR : Nilai ringgit meningkat sedikit pagi ini berbanding dolar AS pada pembukaan dagangan, menyaksikan bank-bank pusat utama lebih berhati-hati dalam strategi mengetatkan monetari masing-masing berikutan kebimbangan dalam sektor perbankan, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4950/4990 berbanding dolar AS daripada kadar penutup semalam pada paras 4.5005/5055.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Bank Pusat Eropah (ECB) mengumumkan keputusan mengetatkan monetarinya dengan semua kadar penanda aras utama dinaikkan sebanyak 50 mata asas dengan Kemudahan Deposit kini berada pada 3.00 peratus.

Sementara itu, beliau menyatakan beberapa data di Amerika Syarikat (AS) dilihat menyokong dolar dengan data Housing Starts melantun kepada 1.45 juta pada Februari berbanding konsensus 1.31 juta, manakala Tuntutan Pengangguran Awal merosot kepada 192,000 minggu lepas daripada konsensus 205,000.

“Oleh itu, kami percaya ringgit akan meningkat sedikit kepada sekitar RM4.48 hingga RM4.49 hari ini,” katanya. — BERNAMA

Loading...
Terkini