comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit meningkat semula berikutan aktiviti jualan dalam dolar AS

 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas beberapa aktiviti jualan dalam mata wang Amerika Syarikat (AS) itu, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.7380/7415 berbanding dolar AS daripada 4.7545/7575 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS susut berikutan Indeks Pengurus Pembelian Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS yang lebih rendah daripada jangkaan untuk sektor bukan pembuatan yang berada di bawah jangkaan pada 51.4 mata berbanding anggaran konsensus sebanyak 52.8 mata.

“Data terkini telah mendorong pelabur untuk menyimpan keuntungan dalam dolar AS berikutan Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka mengambil lebih banyak masa untuk menurunkan kadar.

“Bagaimanapun, keadaan masih kabur sama ada pembetulan dalam dolar AS akan mampan,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini