comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat kepada 4.6800 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan pada Khamis, paras kali terakhir dilihat dua bulan lepas, apabila data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah daripada jangkaan memberikan harapan kepada penurunan kadar faedah AS yang lebih awal.

Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6800/6850 berbanding dolar AS daripada 4.7050/7075 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.

“Ringgit dijangka mencatatkan prestasi yang baik hari ini berikutan kadar inflasi AS diunjurkan lebih rendah, dengan data terkini menunjukkannya menurun kepada 3.4 peratus pada April daripada 3.5 peratus.

“Pasaran pertukaran asing dijangka memberi impak positif berikutan peluang kenaikan kadar adalah rendah dan terdapat kemajuan yang baik mengenai inflasi AS,” katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini